Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang
08/08/2025

 


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang yang dihoskan oleh Menteri Kanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong berlangsung di Grand Hyatt Singapore.

Turut hadir, isteri Tuan Yang Terutama, Madam Ho Ching.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Kanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama merupakan Perdana Menteri Republik Singapura Ke-3 dari Ogos 2004 hingga Mei 2024, yang mana TYT dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebelum ini telah lama bekerjasama rapat dalam memperkukuhkan hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura termasuk bekerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto